Tuesday 10 February 2015

BORANG PESANAN

Name:
Email Address:
H/P No:
Status: Regular Customer
New Customer
Full Address:
Postcode:
Order List:
Payment:
Question:

This HTML form was created by Freedback.

Sunday 8 February 2015

PENGENALAN DIRI :)

 Teks : Nurul Farahana Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. Salam perkenalan buat semua pembaca. Nama saya Nurul Farahana Binti Abdullah. Anak ke-2 dari 5 adik-beradik. 4 perempuan dan seorang lelaki. September tahun ini, akan genaplah umur saya 29 tahun. Saya mempunyai seorang puteri yang berusia 11 bulan dan sedang mengandungkan anak ke-2. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan dan mengurniakan rezeki yang melimpah-ruah.

Saya sekarang bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak bermula tahun 2010. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Marian Convent Ipoh dari Darjah 1 hingga 6 dan di Sekolah Menengah Convent Ipoh dari Tingkatan 1 hingga 5. Saya melanjutkan pelajaran Tingkatan 6 di Sekolah Menengah St. Michael Ipoh selama beberapa bulan sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Anderson Ipoh sehingga tamat Tingkatan 6 Atas.

Sebelum bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kewangan, saya sudah bekerja si beberapa buah kedai di Greentown Mall Ipoh yang sekarang dikenali sebagai Angsana Mall Ipoh. Saya pernah bekerja sebagai staf di bahagian elektrikal, bahagian permainan dan menjadi promoter di bahagian pakaian kanak-kakak. Saya juga pernah bekerja di sebuah kedai CD dan akhir sekali di sebuah kedai pakaian wanita sehinggalah saya mendapat tawaran kerja kerajaan.

Bermula tugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan, sangatlah berbeza dari tanggapan peribadi saya yang membayangkan saya akan bermain dengan wang, membuat kira-kira, seperti semasa saya bekerja sebagai promoter dahulu. Ternyata harapan saya meleset sama sekali. Setiap urusniaga hanya dilakukan di dalam sistem dan tiada urusan jual beli melibatkan wang secara fizikal. Semuanya melaui waran. Sejujurnya, saya akui, pekerjaan saya sekarang sangat membosankan. Bukannya saya tidak bersyukur dikurniakan pekerjaan ini, cuma saya mengharapkan sesuatu yang lebih mencabar. Bukannya duduk depan komputer dari jam 8 hingga 5.

Oleh kerana kebosanan yang teramat sangat, membuatkan saya asyik rindukan anak yang dijaga oleh umi sendiri dan selalu terfikir untuk bekerja atau berniaga di rumah sambil menjaga anak. Sekurang-kurangnya jika saya bekerja di rumah, tak perlulah saya berjauhan dengan suami seperti sekarang. Saya di Ipoh, suami pula di Butterworth. 

Walaupun saya masih bekerja, saya sangat meminati bidang kraftangan. Ada masa terluang, saya akan mengambil tempahan dari rakan-rakan terdekat. Oleh disebabkan kekangan masa, saya hanya dapat memenuhi sebahagian tempahan sahaja. Saya berharap saya dapat menjadikan hobi dan minat saya dalam kraftangan sebagai salah satu dari sumber pendapatan saya dan dapat membantu suami.

Sejak menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di bawah tunjuk ajar Sifu Anys Idayu Zakaria, semakin meluap-luap rasanya keinginan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan online dari rumah. Cuma, buat masa ini suami masih belum mengizinkan kerana kekangan dari segi kewangan. Namun, saya yakin Allah S.W.T. Maha Mendengar doa hamba-Nya dan berharap segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. In Shaa Allah. Sebarang komen dan pendapat amat dialu-alukan agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Amin.